CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

Pemilihan Majlis Tertinggi AKASIA sesi 08/09

Tanggal 10 Januari 2009, Majlis Tertinggi Angkatan Anak Seni (AKASIA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan mesyuarat agung tahun bagi pemilihan baru Majlis Tertinggi AKASIA bagi sesi 2008/2009.

Dalam pilihan raya AKASIA kali ini, pemilihan dibuat berdasarkan sistem demokrasi. Dalam hal ini, satu badan SPR telah diwujudkan bagi proses pilihanraya yang lebih telus. Badan SPR tersebut telah diketuai oleh saudara Mohd Rashidi.

Alhamdulillah, suasana pilihanraya berlangsung dengan penuh kemeriahan. Tahniah kepada Saudara Mohamad Zainoldin B. Basiron kerana menjadi presiden AKASIA sesi 08/09. Semoga dapat memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh komitmen dan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada:

timb. presiden (saudara Amer Hamzaney b. Ali),
naib presiden 1 (saudara Muhammad Illias b. Mohd Ikhwan),
naib presiden 2 (saudara Muhamad Kamal Syafiq b. Roslan),
naib presiden 3 (saudari Arshafira Shazmeen Binti Abu Bakar),
naib presiden 4 (saudara Jaylim Anak Edward) ,
setiausaha (saudari Ng Mei Fong),
Bendahari (saudari Nor Ain Binti Ali).

Jutaan tahniah diucapkan kepada MT AKASIA yang baru. Diharap pemilihan MT AKASIA sesi 08/09 akan dapat memantapkan lagi organisasi serta kelab dibawah naungan AKASIA.

Sekian, terima kasih.

Mat Kimon B Mulin,
Mantan Timb Presiden AKASIA sesi 07/08.

0 comments: