PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UMT
AKAN MENGADAKAN KEM SENI DAN RETERAT BUDAYA
TEMPAT : KEM TEBU VIEW REASORT, BESUT, TERENGGANU
MASA : 27-29 APRIL 2009 (TIME CUTI SEMESTER)
"JOM P RAMAI-RAMAI, BANYAK AKTIVITI MENARIK YANG MENANTI ANDA, BORANG BOLEH DIDAPATI MELALUI PRESIDEN AKASIA. ANDA JUGA BOLEH MENDAFTAR TERUS KAT PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN UMT"
ISILAH MASA CUTI ANDA DENGAN AKTIVIT-AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH UMT
TQ.
Tuesday, April 7, 2009
PENGUMUMAN MENARIK
Posted by akasia official site at 9:46 PM 1 comments
Monday, April 6, 2009
Wajah Baru
Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi..akhirnya kini muncul semula..bukan bermaksud berdiam selama ini kami tidak aktif lagi. Tapi secara jujurnya,terdapat beberapa halangan yang kami hadapi selama ini, dan alhamdulillah sekali lagi, kami mampu untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.
Untuk permulaan kali ini, kami bercadang untuk menukar layout blog ini dengan background baru. And Insya-Allah, kami akan update blog ini selagi ada masa terluang.
kepada seuma pelajar umt, rasanya masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester ini. All the best.
MOHAMAD ZAINOLDIN BIN BASIRON
PRESIDEN AKASIA SESI 08/09
Posted by akasia official site at 4:31 AM 2 comments
Thursday, January 15, 2009
Pemilihan Majlis Tertinggi AKASIA sesi 08/09
Tanggal 10 Januari 2009, Majlis Tertinggi Angkatan Anak Seni (AKASIA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan mesyuarat agung tahun bagi pemilihan baru Majlis Tertinggi AKASIA bagi sesi 2008/2009.
Dalam pilihan raya AKASIA kali ini, pemilihan dibuat berdasarkan sistem demokrasi. Dalam hal ini, satu badan SPR telah diwujudkan bagi proses pilihanraya yang lebih telus. Badan SPR tersebut telah diketuai oleh saudara Mohd Rashidi.
Alhamdulillah, suasana pilihanraya berlangsung dengan penuh kemeriahan. Tahniah kepada Saudara Mohamad Zainoldin B. Basiron kerana menjadi presiden AKASIA sesi 08/09. Semoga dapat memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh komitmen dan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada:
timb. presiden (saudara Amer Hamzaney b. Ali),
naib presiden 1 (saudara Muhammad Illias b. Mohd Ikhwan),
naib presiden 2 (saudara Muhamad Kamal Syafiq b. Roslan),
naib presiden 3 (saudari Arshafira Shazmeen Binti Abu Bakar),
naib presiden 4 (saudara Jaylim Anak Edward) ,
setiausaha (saudari Ng Mei Fong),
Bendahari (saudari Nor Ain Binti Ali).
Jutaan tahniah diucapkan kepada MT AKASIA yang baru. Diharap pemilihan MT AKASIA sesi 08/09 akan dapat memantapkan lagi organisasi serta kelab dibawah naungan AKASIA.
Sekian, terima kasih.
Mat Kimon B Mulin,
Mantan Timb Presiden AKASIA sesi 07/08.
Posted by akasia official site at 11:27 AM 0 comments