CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 7, 2009

PENGUMUMAN MENARIK

PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UMT
AKAN MENGADAKAN KEM SENI DAN RETERAT BUDAYA

TEMPAT : KEM TEBU VIEW REASORT, BESUT, TERENGGANU
MASA : 27-29 APRIL 2009 (TIME CUTI SEMESTER)

"JOM P RAMAI-RAMAI, BANYAK AKTIVITI MENARIK YANG MENANTI ANDA, BORANG BOLEH DIDAPATI MELALUI PRESIDEN AKASIA. ANDA JUGA BOLEH MENDAFTAR TERUS KAT PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN UMT"

ISILAH MASA CUTI ANDA DENGAN AKTIVIT-AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH UMT

TQ.

Monday, April 6, 2009

Wajah Baru


Alhamdulillah..setelah sekian lama menyepi..akhirnya kini muncul semula..bukan bermaksud berdiam selama ini kami tidak aktif lagi. Tapi secara jujurnya,terdapat beberapa halangan yang kami hadapi selama ini, dan alhamdulillah sekali lagi, kami mampu untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

Untuk permulaan kali ini, kami bercadang untuk menukar layout blog ini dengan background baru. And Insya-Allah, kami akan update blog ini selagi ada masa terluang.

kepada seuma pelajar umt, rasanya masih tidak terlambat untuk kami mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester ini. All the best.

MOHAMAD ZAINOLDIN BIN BASIRON
PRESIDEN AKASIA SESI 08/09

Thursday, January 15, 2009

Pemilihan Majlis Tertinggi AKASIA sesi 08/09

Tanggal 10 Januari 2009, Majlis Tertinggi Angkatan Anak Seni (AKASIA) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan mesyuarat agung tahun bagi pemilihan baru Majlis Tertinggi AKASIA bagi sesi 2008/2009.

Dalam pilihan raya AKASIA kali ini, pemilihan dibuat berdasarkan sistem demokrasi. Dalam hal ini, satu badan SPR telah diwujudkan bagi proses pilihanraya yang lebih telus. Badan SPR tersebut telah diketuai oleh saudara Mohd Rashidi.

Alhamdulillah, suasana pilihanraya berlangsung dengan penuh kemeriahan. Tahniah kepada Saudara Mohamad Zainoldin B. Basiron kerana menjadi presiden AKASIA sesi 08/09. Semoga dapat memikul tanggungjawab dan amanah dengan penuh komitmen dan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada:

timb. presiden (saudara Amer Hamzaney b. Ali),
naib presiden 1 (saudara Muhammad Illias b. Mohd Ikhwan),
naib presiden 2 (saudara Muhamad Kamal Syafiq b. Roslan),
naib presiden 3 (saudari Arshafira Shazmeen Binti Abu Bakar),
naib presiden 4 (saudara Jaylim Anak Edward) ,
setiausaha (saudari Ng Mei Fong),
Bendahari (saudari Nor Ain Binti Ali).

Jutaan tahniah diucapkan kepada MT AKASIA yang baru. Diharap pemilihan MT AKASIA sesi 08/09 akan dapat memantapkan lagi organisasi serta kelab dibawah naungan AKASIA.

Sekian, terima kasih.

Mat Kimon B Mulin,
Mantan Timb Presiden AKASIA sesi 07/08.

Saturday, October 11, 2008

Kapak Batu .. Suatu Fenomena Muzik..||BAND UMT||

Rock kapak or should I say the first rock element yang menjadi satu fenomena dalam industri musik Malaysia mula meluas pada akhir tahun 1980-an as the influence dari muzik barat. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle of the Bands 1 & 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983 and untuk pengetahuan y’all sumer D'Febians dan The Lefthanded telah memenangi pertandingan tersebut. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan muda-mudi.. ahakz, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Itulah dimana permulaannya.. kapak batu yang seterusnya mencetuskan beberapa fenomena band atau bahasa peliknya “kugiran” dimalaysia .. and thanks to that phenomenon .. we’ve got lots of bands here in Malaysia .. ahakz.. that’s the story behind the line ..

Monday, October 6, 2008

Jamuan Raye Akasia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Untuk pengetahuan semua ahli kelab Akasia..satu jamuan Hari Raye akan diadakan pada:

Masa : 8.00-11.00 malam
Tarikh : 18 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Tempat : Dataran Mini Teater
Tema : Akasia Pulang Beraye Di Desa
Yuran : RM 10.00 shj(duet raye byk kan)

Pada semua ahli kelab diharap sangat-sangat anda semua dapat menghadiri jamuan ini
kerana banyak juadah dan lauk-pauk disediakan.
Bagi untuk memudahkan perjalanan majlis, diharap semua AJK dapat menhadirkan diri untuk persiapan majlis dan tempat pada jam 10.00pg-6.00ptg.


"DATANG..JANGAN TAK DATANG YEA"
"SAME-SAME KITE MEMERIAHKAN MAJLIS"

-alexisonfire-

Wednesday, September 17, 2008

Band idol....next event besar....~

Event ini adalah next event besar di UMT...
di sini lah bakat-bakat baru dalam bidang muzik bakal terserlah.Event ini adalah event yang dianjurkan pada setiap semester. Pertandingan Band ini bukan seperti pertandingan band2 yang lain kerana pada setiap semester mempunyai tema nya yang tersendiri..pelajar-pelajar tahun 1 mungkin akan memberikan cabaran pada senior-senior yang telah bergiat dalam bidang muzik lebih lama...mungkinkah juara band idol edisi yang lepas "Band Sejak"..akan mempertahankan kejuaraannya...sama-sama kita nantikan Band Idol UMT....~
alexis...

berikut merupakan seduta-sedutan band idol sesi semester lepas


Thursday, September 11, 2008

Perutusan Presiden AKASIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh warga Angkatan Anak Seni UMT (AKASIA) dan Pusat Kebudayaan UMT (PKK). Pada 9 september 2008, AKASIA telah meneruskan perjuangan di persada seni UMT dengan suatu nafas baru. Blog AKASIA yang telah dirancang sebelum ini, akhirnya Berjaya dihidupkan dengan usaha yang gigih oleh ahli-ahlinya. Walaupun telah beberapa kali gagal, namun masih ada segelintir ahli yang masih belum berputus asa. Tahniah saya ucapkan.

Blog seperti mana yang diketahui merupakan suatu interaktif siber yang sering digunakan bagi menyampaikan luahan-luahan idea bagi meningkatkan mutu mahupun kekuatan pada sesuatu perkara. Di dalam aspek seni pula, blog turut memberi impak yang positif sepertimana kepada bidang-bidang yang lain.Ruangan yang disediakan amat mudah untuk dilayari oleh mana-mana pelawat dan disertai oleh visual-visual yang menarik.Blog pula diserikan lagi dengan interaktif-interaktif seperti kemudahan memuaturun lagu, ‘software’,ruangan chatbox dan lain-lain lagi. Sudah tidak dapat dinafikan lagi blog merupakan suatu portal hiburan dan pendidikan yang menarik dan mampu untuk berkembang dengan lebih jauh.

Dengan kerjasama dan komitment dari kesemua kelab serta kumpulan dibawah AKASIA,kejayaan demi kejayaan telah Berjaya diperolehi. Dengan mutu acara-acara yang dianjurkan telah meningkat serta kualiti yang ada pada ahli-ahlinya, haruslah diingatkan disini bahawa perjuangan di dalam arena seni ini, masih lagi jauh malah tidak akan tamat. Saya menyeru kepada semua ahli AKASIA agar dapat terus meningkatkan kualiti serta kekuatan yang sedia ada sekarang, ke peringkat yang lebih tinggi dengan cara meningkatkan ilmu serta komitmen masing-masing.

Sekian,

AMEENUL UMMAH BIN SALLEHUDDIN

PRESIDEN AKASIA SESI 07/08