CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 11, 2008

Perutusan Presiden AKASIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada seluruh warga Angkatan Anak Seni UMT (AKASIA) dan Pusat Kebudayaan UMT (PKK). Pada 9 september 2008, AKASIA telah meneruskan perjuangan di persada seni UMT dengan suatu nafas baru. Blog AKASIA yang telah dirancang sebelum ini, akhirnya Berjaya dihidupkan dengan usaha yang gigih oleh ahli-ahlinya. Walaupun telah beberapa kali gagal, namun masih ada segelintir ahli yang masih belum berputus asa. Tahniah saya ucapkan.

Blog seperti mana yang diketahui merupakan suatu interaktif siber yang sering digunakan bagi menyampaikan luahan-luahan idea bagi meningkatkan mutu mahupun kekuatan pada sesuatu perkara. Di dalam aspek seni pula, blog turut memberi impak yang positif sepertimana kepada bidang-bidang yang lain.Ruangan yang disediakan amat mudah untuk dilayari oleh mana-mana pelawat dan disertai oleh visual-visual yang menarik.Blog pula diserikan lagi dengan interaktif-interaktif seperti kemudahan memuaturun lagu, ‘software’,ruangan chatbox dan lain-lain lagi. Sudah tidak dapat dinafikan lagi blog merupakan suatu portal hiburan dan pendidikan yang menarik dan mampu untuk berkembang dengan lebih jauh.

Dengan kerjasama dan komitment dari kesemua kelab serta kumpulan dibawah AKASIA,kejayaan demi kejayaan telah Berjaya diperolehi. Dengan mutu acara-acara yang dianjurkan telah meningkat serta kualiti yang ada pada ahli-ahlinya, haruslah diingatkan disini bahawa perjuangan di dalam arena seni ini, masih lagi jauh malah tidak akan tamat. Saya menyeru kepada semua ahli AKASIA agar dapat terus meningkatkan kualiti serta kekuatan yang sedia ada sekarang, ke peringkat yang lebih tinggi dengan cara meningkatkan ilmu serta komitmen masing-masing.

Sekian,

AMEENUL UMMAH BIN SALLEHUDDIN

PRESIDEN AKASIA SESI 07/08

2 comments:

Eeliey said...

wah!! terharunye ngn perutusan presiden kesyngn ramai ne...huahua cewah!!
cayang la akasia umt nei ea...!!
mmmuahhxx!!

fabregas said...

hrp akasia baru ni lebih bagus n mntap dlm jalankan tugas..ehemm,btw..bila aku akan dpt balik rm300 aku ek??..