CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 11, 2008

Kapak Batu .. Suatu Fenomena Muzik..||BAND UMT||

Rock kapak or should I say the first rock element yang menjadi satu fenomena dalam industri musik Malaysia mula meluas pada akhir tahun 1980-an as the influence dari muzik barat. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle of the Bands 1 & 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983 and untuk pengetahuan y’all sumer D'Febians dan The Lefthanded telah memenangi pertandingan tersebut. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan muda-mudi.. ahakz, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Itulah dimana permulaannya.. kapak batu yang seterusnya mencetuskan beberapa fenomena band atau bahasa peliknya “kugiran” dimalaysia .. and thanks to that phenomenon .. we’ve got lots of bands here in Malaysia .. ahakz.. that’s the story behind the line ..

1 comments:

DyingLily said...

cant hardly wait to see u all perform...
hoping for the 'better sound' than the previous BAnd Idol UMT but the very2 best band Idol UMT was the last season